Showing posts with label Bicara Shokri. Show all posts
Showing posts with label Bicara Shokri. Show all posts

Pemilihan Nama Domain Yang Bagus

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Pemilihan nama domain yang bagus sedikit sebanyak akan memberi impak yang bagus kepada trafik dan blog kita.Blog ini tidak lama lagi akan berdomain sendiri jikalau tiada aral melintang.

Syuk sendiri masih kabur untuk memilih nama domain yang bagus dan tepat untuk blog Syuk sendiri.

Pemilihan nama domian yang mana yang paling sesuai untuk blog Syuk yang seberapa ini?

1.BlogShokri.Com
2.AkuShokri.Com
3.MindaShokri.Com
4.LamanShokri.Com
5.CeritaShokri.Com

Mungkin masih ada sesetengah blogger yang tidak tahu apa itu Domain?.Disini Syuk akan kogsikan sedikit detail mengenai domain..

Apa Itu Domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain adalah seperti berikut http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.(SembangKomputer).

Untuk senarai harga domain di JomHosting,boleh merujuk di jadual di bawah.











Habis masa dengan facebook

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Habis Masa Dengan Facebook


Kadang-kadang bila terfikirkan balik banyak juga masa aku habis dengan facebook,kalau sehari tak online tah sah.Macam dah menjadi rutin kehidupan la pulak..Tapi bila line laju baru best layari facebook,tapi bila line internet semput hasrat nak layari facebook pun terbantut


Pandai sungguh  Mark Zuckerberg pengasas facebook ni buat orang bagi habis masa seharian dengan melayari facebook.


Agak-agak korang habiskan masa seharian korang dengan facebook berapa lama ye??


p/s:Layan filem Berani Punya Budak...

Line Internet Lelaki Kacak Semput

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Line Internet Lelaki Kacak Semput


Sejak seminggu dua nie, line internet aku slow tahap cipan je.Tension aku grr.

mood bosan menunggu..

Nak buat kerja yang kena menggunakan internet semua habis terbantut,mana tak terbantutnya!! nak loading pun dekat 10 minit..Kadang-kadang dalam hal sebegini kita perlu mempunyai kesabaran yang tinggi kalau kita tidak dah tentu laptop aku jadi mangsa keadaan..

Kadang-kadang kalau internet buat hal aku terus disconnect je dan layan video atau filem yang sedia ada dalam hard disk.Tak payah la aku nak habiskan masa layan kerenah internet aku ini.

Kalau korang pulak,apa yang korang buat jika internet korang slow tahap cipan??


p/s:Nak off n keluar jalan-jalan cari pasal,nak join sekaki??he3

Sabar Didalam Kehidupan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sebak dan sedih itulah yang terjadi apabila aku melihat orang yang hidupnya sentiasa dalam kesusahan.Kadang-kadang aku terfikir bagaimana mereka tabah menghapi kehidupan ini?.


Sedih aku melihat gambar budak di atas..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang sebar menghadapi dugaan,cabaran & kesulitan hidup.Amienn..

Followers

 
© Jay Blogger All Rights Reserved