Tips Untuk Blogger
Malas rasa nya nak update blog..Tapi tak kan nak biarkan blog bersawang macam tu je kan??
Entry kali ini aku akan bagi sedikit tips untuk blogger-blogger diluar sana..
1.SABAR:Setiap blogger harus sabar dalam dunia blogging ini..Kerana mungkin ada yang iri hati dengan kejayaan yang kita miliki..Oleh kerana tidak ada sifat sabar maka banyak la blogger yang down n terus berhenti dari menjadi seorang blogger..Terjadilah entry menghentam sesama blogger..Sabar itu penting dalam kita melakukan sebarang pekerjaan..
2.RAJIN:Setiap blogger harus rajin mengupdate blog masing,jangan membiarkan blog kita menjadi seperti binaan terbengkalai..Lama kelamaan reader akan meluat dengan blog kita..Mau tak meluat,asyik2 masuk blog asyik entry yang sama ja..Maka akan terima gelaran blogger pemalas..Korang suka ke orang kata korang macam-macam??
3.HORMAT:kita sebagai blogger harus hormat diantara satu sama laen..Tak kira la kite pro blogger ke newbie blogger,kite sama saja..Jangan kerana kita pro blogger kita sombong n bongkak..Orang tidak akan hormat kita jikalau kita ada sifat yang terkutuk...
4.TERIMA NASIHAT:Kita sebagai blogger perlu belajar menerima nasihat..Jangan kita melenting tak tentu hala jikalau ada yang menasihihati kita..Terima lah nasihat itu dengan dada yang lapang..Kita tak semestinya sentisa betul dan kadang2 kita telah melakukan kesilapan tanpa kita sedari..
Mungkin ada yang akan kata,ekeleh blog entah apa-apa ada hati nak bagi tips untuk blogger..Nak bajet hot la tu..Ko pergi cermin muka dulu la..haha blahhh laaa..
Aku bukannya nak tunjuk hebat dan aku akui blog ini memang tak seberapapun..Aku tahu blog ini tak setanding dengan blogger-blogger lain yang pro dan sudah bertahun-tahun aktif dalam dunia blog ini..
Apa yang telah aku pelajari akan aku kongsikan dengan rakan2 blogger diluar sana..Semoga sedikit sebanyak yang telah disampaikan dapat menjadi panduan korang di masa akan datang..Okey,semoga bertemu lagi di entry akan datang..
{ 1 comments... read them below or add one }
nice tip,,hahaha theme kita sama
May 19, 2012 at 10:54 PM
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen.