Ciri-Ciri Lelaki Kacak Yang Soleh
1.Lelaki kacak yang soleh adalah hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat kepadanya.2. Lelaki kacak yang soleh apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil, bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik. Hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
3.Lelaki kacak yang soleh adalah redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.
4. Lelaki kacak yang soleh adalah tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran.
Apa guna menjadi lelaki kacak tetapi hukum dan perintah Allah semua tidah diendahkan...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen.