Showing posts with label ILMIAH. Show all posts
Showing posts with label ILMIAH. Show all posts

Adab Menulis Status Dan Komen Di Facebook


Assalamualaikum.

Adab Menulis Status Dan Komen Di Facebook: Berikut merupakan antara adab-adab untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada di alam realiti seperti percakapan seharian atau di alam maya seperti menulis status dan komen  di Facebook.





1. Ucapan bermanfaat:
- Anda mempunyai dua pilihan ketika berkomunikasi dengan orang lain, iaitu mengucapkan sesuatu yang baik atau diam. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”Barangsiapa mengaku beriman kepada Allah dan Hari Pembalasan hendaklah dia berkata dengan baik atau memilih untuk diam.” (Riwayat Bukhari)


2. Umpama sedekah:

- Rasulullah s.a.w bersabda, "Setiap tulang itu memiliki kewajipan bersedekah setiap hari. Di antaranya membenarkan orang lain membonceng di atas kenderaannya, membantu mengangkat barang orang lain ke atas tunggangannya atau sepotong kalimah yang ditutur dengan baik dan sopan.” (Riwayat Bukhari).


3. Menjauhi bicara yang sia-sia:

- Sebaiknya menghindari bicara berasaskan dosa dan sia-sia. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh jaraknya dariku pada Hari Kiamat ialah para penceloteh lagi banyak bicara." (Riwayat Tirmidzi)


4. Tidak terperangkap dengan ghibah (mengumpat):

- "…..Dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."


5. Berhenti mengadu domba (melagakan seseorang untuk tujuan tertentu):

- Abu Huzaifah r.a meriwayatkan, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga bagi orang yang suka mengadu domba." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


6. Berhenti berbohong:


- Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya kejujuran itu mendatangkan kebaikan dan kebaikan itu akan berakhir dengan syurga. Dan orang yang sentiasa jujur nescaya tercatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kebohongan itu mendatangkan kejelekan dan kejelekan itu hanya akan berakhir dengan neraka. Dan orang yang suka berbohong nescaya tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (Riwayat Bukhari)


7. Menghindari sebarang perdebatan.

- Sebaiknya jauhi sebarang perdebatan walaupun hakikatnya kita berada di pihak yang benar. Ini kerana Rasulullah s.a.w telah menjamin golongan yang menahan dirinya itu sebuah mahligai di syurga. "Aku menjamin sebuah istana di halaman syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan meskipun ia berhak untuk itu." (Riwayat Abu Daud,disahkan oleh al-Albani)


8. Tidak mencelah sesebuah perbualan.

- Satu hari, seorang Arab Badwi datang menemui Nabi s.a.w lantas memotong dan mencelah bicara baginda serta bertanyakan tentang Hari Kiamat. Namun baginda tetap melanjutkan bicaranya sehingga selesai. Setelah itu, barulah Nabi s.a.w beralih kepada si penanya itu.  (Riwayat Bukhari)


Sekian sahaja antara adab-adab untuk berkomunikasi dengan orang lain sama ada di alam realiti seperti percakapan seharian atau di alam maya seperti menulis komen dan status di Facebook. Sebarang perkongsian boleh ditinggalkan di ruang komen di bawah.


Lelaki Kacak Yang Soleh


Ciri-Ciri Lelaki Kacak Yang Soleh 

1.Lelaki kacak yang soleh adalah hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat kepadanya.

2. Lelaki kacak yang soleh apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil, bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik. Hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.

3.Lelaki kacak yang soleh  adalah redha terhadap setiap ujian yang datang. Dia tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Sentiasa yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu dia menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.

Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. Hatinya terhibur dengan mehnah yang datang kerana dia tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepadanya.

4. Lelaki kacak yang soleh adalah tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana dia tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran.


Apa guna menjadi lelaki kacak tetapi hukum dan perintah Allah semua tidah diendahkan...

Tags:Lelaki Kacak,Ilmiah,Lelaki Kacak Yang Soleh.

Followers

 
© Jay Blogger All Rights Reserved